Subscribe:

Monday 12 September 2011

sehari suntuk beraya 2

sambungan sehari suntuk beraya..
bila aku kol mesti dia tak jawab tp bila mesej pandai pulak jawab.aku mesej ngan dia mcm ni
aku:"jangan lupa datang rumah aku tau kol 2"
shira:aku on the way.dekat shell nw.
aku:kata kol 2
shira:xjdiwk.rumah ko first.
aku:tapi mak aku lom masak
shira:xpe,kitorang bleh tggu
Aku apa lagi..terus aku bagitau ibu kawan-kawan aku on the way.Ibu dengan lincahnya terus mengeluarkankan bahan bahan masakan mi kari dan terus memasak.aku tengok cara kelincahan ibu mengalahkan cef wan cuma chef wan agak 'cover'dia punya kelam kabut kat dalam tv.
Dalam pukul 11.30 tu kawan kawan aku pun sampailah kat rumah,mak aku tak kasi aku tolong dia kat dapu,dia suruh aku layan kawan kawan aku yang tengah duduk kat ruang tamu.memang aku  sedia tahu yang mak aku kalau dengan tetamu memang dia layan baik baik tapi oleh kerana mak aku sibuk memasak dia memasaklah dulu.Mak aku sebenarnya kesian kat kawan kawan aku,takut diorang tunggu lama-lama.
Kisah kawan aku pulak yang datang cuma tiga orang..liana,shira,ngan puteri.terkejut aku tiga orang je apasal 'ramai' sangat.mak aku masak banyak.puteri bagitau aku yang budak-budak lain tertinggal kat belakang sebab diorang pergi raya tak saing.Diorang rasa yang pergi hazwan,iddlahi,ngan rahmat.Bagus la macam tu.aku lebih suka ramai-ramai,meriah sikit rumah aku.Aku bukalah tv ruang tamu.Pastu aku suruh diorang pilih sendiri mana dvd yang diorang nak tengok.Shira pun pilihlah,dia ni memang macam gedik-gedik sikit tapi dia ni sebenarnya baik.dia pun pilihlah...cerewet.last2 dia pilih cerita 'final destination'.aku pun tak pernah tengok cerita tu sebab muka depan dvd ni tak menarik minat aku nak tengok dvd ni.Atas kehendak 'princess' shira dan lain-lain lain,aku pun bukalah dvd ni.kitorang pun tengok la cerita ni..hissh seram lah cerita ni,mengisahkan pasal kematian yang tragis.puteri ni kelakar,bila sampai aksi seram dia paling muka tapi dia tanya kita pulak lepas tu.Masa separuh babak cerita ni,mak aku pun panggil suruh makan sebab mi kari mak aku yang sedap dah pun  siap.Kitorang 'pause'sekejap cerita ni pastu kitorang makan.Shira ngan liana tambah dua kali,puteri tak tambah sebah dia diet.Memang biasa la kalau perempuan diet.lepas tu kitorang pun sambung tengok dvd.Masa tengah tengok dvd ni liana minta tumpang tandas.Jadinya yang  skang ni tengok tv cume shira,aku ngan puteri.Tengah-tengah babak cerita ni ada aksi xxx...terkejut beruk kitorang.aku lekas-lekas cepatkan cerita ni.nak tergelak pun ada rasanya.Aku tak habis-habis ketawa sampai puteri marah.Aku memang tak tahu ada babak macam itu dalam dvd ni.Sampailah liana keluar dari bilik air.
aku:kau tak tengok tadi aksi best
liana:apa???
puteri:bodoh r kau
shira:siot je shahrizzat
liana:ooooh..hehe
Masa cerita tu nak dekat habis,kitorang tengok cerita tu sampai nak terkeluar anak mata kitorang.best giler rupenya cerita tu.Sampai habis kitorang tengok cerita tu tapi hazwan tak sampai lagi maybe sebab hujan kot.Oleh kerana kat luar hujan,diorang lepaklah lama2 kat umah aku.bestnyerr sekali sekala lepak macam ni.Hujan habis je puteri baalik dengan mak dia.Tingallah liana dengan shira je.Aku keluarkanlah notebook pastu bukak internet.rumah aku pakai broadband je.Aku bagi shira ngan liana main.Masa shira main fb,aku tengoklah fb dia..mmg sah ramai gilerrr abang senior tahun lepas.sengal betul shira ni.Pastu hazwan,rahmat,iddlahi,affiq rosdi,syafiq latiff datang akhirnya.Aku jemputlah diorang makan kat umah aku.Lepas tu,kitorang lepak-lepak dan terus pergi raya.Liana ngan shira pergi raya umah wani tapi aku terpaksa ikut pergi raya dengan budak lelaki.aku malulah kalau aku sorang je lelaki.ikutkan hati memang lah aku nak ikut tapi macam tu lah.Kesian lah tengok liana ngan shira pergi tanpa aku.kalu tak aku bolehlah 'protect' diorang.
Raya sakan pun bermulalah sekarang.Geng raya sakan
hazwan,rahmat,affiq rosdi,iddlahi,dan syafiq latiff serta raza.Nak tahu macam mana raza ikut kitorang,ikuti sambungannya...

No comments:

Post a Comment